Page 50 - Taufan Al Aqsa
P. 50

Normalisasi




            Tidak  sepatutnya negara-negara  Arab  yang  kaya-raya
            dengan kurniaan Allah SWT melaksanakan normalisasi
            terhadap  Israel  dan  bergantung  kepada  kerjasama
            ekonomi  dengan  Israel  yang  kerdil.  Bahkan,  juga  tidak
            sepatutnya negara-negara Arab yang ramai , tenaga
            manusianya itu bergantung kepada segelintir tenaga
            manusia Yahudi Zionis.

            Sebenarnya, normalisasi yang dilakukan negara-negara
            Arab itu bermakna mereka telah menyerah kalah di
            hadapan musuh yang nyata paling dimurkai Allah SWT
            kerana memusuhi  Islam. Kebangkitan rakyat di negeri
            Arab yang menentang penubuhan Israel pada tahun 1948
            telah dipadamkan oleh negara Arab sendiri dan semua
            pemimpin yang menentang Israel dihapuskan di negara
            masing-masing. Adapun negara-negara jiran Palestin
            berkiblatkan politik kepada kuasa besar yang menjadi tuan
            mereka, tidak lagi berkiblatkan ke arah Kaabah yang dipilih
            menjadi bermulanya Revolusi Arab yang diagungkan itu.


            Alhamdulillah, sudah terlihat kesedaran dari pihak
            pemimpin-pemimpin dunia Islam yang mula mengadakan
            perbincangan secara serius serta membantu umat Islam
            Gaza dan Palestin.








                                          48
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55