Page 120 - qiraat sab'ah
P. 120
Syarah Al-Syatibi
Pada kalimah “ “ dan “ “ ketika waqaf dibaca dengan dua
wajah iaitu:
▪ Naqal: , .
▪ Ibdal (tukar huruf hamzah kepada huruf ya`(ي) berserta dengan
idgham (memasukkan) huruf ya` (ي) yang asal kedalam huruf ya` (ي)
tersebut , .
Beliau juga mempunyai beberapa cara atau wajah yang lain ketika
waqaf yang akan diterangkan dalam bab waqaf Hamzah dan Hisyam.
ii. Imam Khallad:
Membaca dengan tanpa saktah pada sakin mafsul (huruf mati dan huruf
hamzah (ء) terpisah kalimah) ketika wasal, seperti “ “.
Ketika waqaf beliau membaca dengan dua wajah iaitu:
▪ Naqal.
▪ Tahqiq (Tidak naqal).
Pada kalimah lam ta`rif (لا) beliau membaca dengan dua wajah iaitu
tahqiq dan saktah ketika wasal. Ketika waqaf beliau membaca dengan
naqal dan juga saktah. Apabila terdapat lebih dari satu kalimah alif lam
(لا) yang terdapat huruf hamzah (ء) selepasnya seperti pada ayat
“ “ beliau membaca dengan:
• Naqal dan saktah: sekiranya ketika wasal dibaca tanpa saktah.
• Naqal: sekiranya ketika wasal dibaca dengan saktah.
Pada kalimah dan , ketika wasal beliau membaca dengan dua
wajah iaitu idraj (tanpa saktah) dan juga saktah. Ketika waqaf beliau
membaca dengan:
[101]