Page 2 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 2
Imam al-Ghazali r.h. pernah menasihatkan agar manusia Muslim yang baik akhlaknya
bergaul dengan sahabat yang dapat menyelamatkan diri daripada bahaya kejahatan, fitnah
dan keburukan. Damaikanlah dua orang saudara yang berselisih faham dan tutuplah semua
keaiban orang-orang yang beragama Islam serta bantulah kepentingan orang-orang yang
beragama Islam. Imam al-Ghazali juga melarang berburuk sangka dan memburuk-burukkan
orang lain serta tenteramkanlah hati mereka yang ditimpa musibah. Imam al-Ghazali juga
menyarankan agar kita harus merasa takut dalam membuat sebarang tuduhan kerana
tuduhan itu mungkin timbul daripada hati yang buruk sangka ataupun lidah yang
memburukkan orang lain. Al-Ghazali menjelaskan bahawa dalam pergaulan hidup manusia
sehari-hari, manusia akan bertemu dengan tiga jenis manusia. Masing-masing adalah
sahabat, kenalan dan umum. Ketiga-tiga jenis tersebut mempunyai tata tertibnya tersendiri
untuk menghadapi pergaulan hidup bersama. Berikut adalah syarat-syarat pergaulan
dengan orang ramai; (1) Tidak masuk campur dalam percakapan mereka, (2) Tidak
mendengar omong kosong dan dusta mereka serta tidak mencampuri kalimat-kalimat kotor
yang mereka ucapkan, (3) Jangan banyak bertemu dengan mereka, (4) Mengingatkan mereka
dengan nasihat-nasihat halus dan bersikap lembut terhadap perbuatan mereka yang mungkar.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: ”Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu
yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina
(pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan
(untuk memecah belahkan orang ramai), yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan,
yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa” (Al-Qalam: 11).
2