Page 6 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 6
memajukan Negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari
kepelbagaian etnik. Namun krisis yang berlaku pada tahun 1969 (peristiwa 13 mei) dan pada
tahun 2001 (peristiwa 4 hingga 8 Mac) mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai
suatu budaya nasional yang menjadi asas bersam walaupon sebelum kemerdekaan telah wujud
permuafakatan di antara rakyat Negara ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai undang-
undang tertinggi Negara.
MAKSUD ISU-ISU PERKAUMAN DAN ISU-ISU SENSITIF
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam
aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor
pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks
Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang
sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera,
kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-
perkara stereotype.
Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana
ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak
berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga
boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa
kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif
juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta
mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman
dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh
ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).
6