Page 8 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 8

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris



                       Disebabkan oleh dasar  “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah

               menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep

               pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British

               menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola

               penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan

               perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan  kaum cina

               memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-

               orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala

               kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada

               hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri.

               Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu

               menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan

               ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

                       British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-

               tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini

               bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas.

               Masyarakat  Melayu  terdiri  dari  petani  dan  nelayan  di  kampung,

               masyarakat  Cina  pula  telah  mewarisi  perniagaan  secara  turun  temurun

               dan  tinggal  di  bandar  manakala  masyarakat  India  bekerja  sebagai penoreh

               getah  dan  tinggal  di  estet. Dasar  ini  telah  berjaya  direalisasikan  bagi

               mewujudkan  kelompok-kelompok  etnik  yang  berdasarkan  kegiatan

               ekonomi  yang  tinggal  dalam  kelompok  masingmasing.  Kesannya,  interaksi  antara  kaum

                 hanya  terbatas  di  pasar  sahaja.  Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah

               mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.


                                                                                                         8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13