Page 9 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 9
Perbezaan Agama Dan
Budaya
Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama Buddha
manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian.
Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Oleh sebab itu,
masalah perpaduan ini wujud bukannya bermula disebabkan agama yang
berlainan, sebaliknya akibat daripada sikap jahil terhadap agama-
agama lain sehingga banyak perkara yang dilakukan
secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang
telah mengakibatkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza
antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan
ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini telah menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui antara satu Sama lain. Orang Melayu mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang Cina manakala orang Cina dan India
mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor
pentadbiran.
9