Page 14 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 14
Bahasa Dan Cara Berkomunikasi
Di dalam Malaysia terdapat lebih kurang 19 bangsa / suku di Malaysia dan ini
menggambarkan betapa banyaknya bahasa petuturan yang digunakan di negara ini. Kepelbagaian
bahasa petuturan ini menyebabkan akan timbulnya masalah komunikasi di kalangan rakyat yang
pelbagai. Sekiranya setiap bahasa hanya mengutamakan bahasa-bahasa pertuturan bangsa
mereka sahaja maka akan menyebabkan terjadinya pemisahan pergaulan di antara satu bangsa
dengan bangsa yang lain. Dan akan terjadi pergaulan yang amat minimum di kalangan bangsa-
bangsa ini. Ia adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik sesama masyarakat
lain kerana mereka hanya fasih menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja.Ini akan
menyebabkan hubungan di antara masyarakat yang berlainan bangsa menjadi renggang dan tidak
mesra dan ini akan membuka ruang-ruang untuk menyebabkan terjadinya konflik di antara kaum.
Akhbar-akhbar yang menggunakan bahasa-bahasa ibunda bangsa lain seperti Nyangnyang
Siang Pau (akhbar Cina), Tamil Nesan (akhbar India) perlu mengadakan satu sisipan di dalam
akhbar tersebut untuk slot mempelajari bahasa kebangsaan. Ini bagi membolehkan rakyat-rakyat
yang bukan dari kalangan orang Melayu dapat mempelajari dan memantapkan lagi penguasaan
mereka di dalam bahasa kebangsaan.
Media-media elektronik juga perlu memainkan peranan untuk menggunakan bahasa
kebangsaan di dalam siaran mereka agar rakyat boleh membiasakan diri mereka dengan bahasa
kebangsaan. Ini akan menjadikan bahasa kebangsaan menjadi bahasa yang benar-benar utama
dan menjadi satu kemestian setiap rakyat di negara ini untuk mempelajari dan menguasainya.
Dengan ini bangsa-bangsa di Malaysia akan dapat berkomunikasi dengan baik sesama
masyarakat yang berlainan suku / bangsa. Dan secara tidak langsung ia akan merapatkan
hubungan sesama kaum dan seterusnya terjadilah perpaduan di dalam masyarakat.
14