Page 16 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 16

AGAMA






                      Kepelbagaian bangsa juga turut membawa kepada kepelbagaian agama. Di negara ini
               menurut  perlembagaan  Malaysia  pada  Perkara  3  (1)  Perlembagaan  Persekutuan  telah


               memperuntukkan:
               "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan


               dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"
                 Dari apa yang dinyatakan di dalam perlembagaan tersebut ialah walaupun agama Islam


                   diiktiraf di dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi Persekutuan namun
                  penganut-penganut agama-agama lain masih dibenarkan untuk mengamalkan agama


                masing-masing tanpa sebarang gangguan. Namun begitu kadangkala terdapat isu-isu yang
                 sensitif yang dibangkitkan di antara agama yang jika tidak ditanggani dengan baik boleh


                   mencetuskan konflik dan rusuhan antara agama. Antara isu yang pernah timbul yang
                  membabitkan soal sensitiviti agama ialah berkenaan tuntutan jenazah orang yang telah


                 memeluk Islam oleh keluarganya yang tidak Islam, pembinaan rumah ibadat orang bukan
                  Islam di kawasan penduduk majoriti Islam dan yang terkini ialah iklan Hari raya Aidilfitri


                    yang menyelitkan unsur-unsur agama lain seperti terdapatnya elemen Santa Claus.
                 Penyiaran iklan ini oleh sebuah syarikat televisyen swasta telah menyebabkan umat Islam


                 menjadi marah dan dibantah keras oleh pihak-pihak yang memperjuangkan agama Islam



                     Umum mengetahui bahawa jika isu agama ‘disentuh’ oleh mana-mana pihak pastinya
                                                            akan menimbulkan masalah dan konflik yang


                                                             besar dan bukan hanya boleh menyebabkan
                                                               rusuhan tetapi juga peperangan. Antara


                                                             undang-undang ialah Akta Komunikasi dan
                Multimedia 1998, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau di dalam bahasa Inggeris ia disebut


                   ‘Internal Security Act’ (ISA) dan lain-lain lagi undang yang telah digubal oleh Kerajaan
                                                        Malaysia.


                                                                                                       16
   11   12   13   14   15   16   17   18