Page 13 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 13
Persepakatan Diantara Kaum
Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana IA merupakan satu
negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh masyarakat
Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia.
Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi
28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera
Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-
kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi
kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan
yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya
adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini.
Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang
dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan
tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah
diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk
mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang tidak
berbuah dua kali”. perpaduan antara semakin menyerlah dari semasa ke
semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga kini. Perselisihan
faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa
program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri. Program yang
dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan
perpaduan. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai
tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita
sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar.
13