Page 17 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 17

KESIMPULAN




                     Kesimpulan  bagi  topik  yang  dibincangkan  iaitu  ‘cara  penyelesaian  isu-isu  negatif

               perkauman di Malaysia bagi mengelakkan masalah hubungan etnik’, kita dapat lihat dimana

               banyak  masalah  akan  timbul  ekoran  tidak  wujudnya  persepakatan  padu  di  antara  kaum.

               Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan

               India. Cabaran yang paling mencabar adalah untuk menyatu padukan serta memupuk suasana

               harmoni bagi kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung

               Medan 2001 haruslah diambil sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara

               kaum

                     Kestabilan  ekonomi  dan  politik  merupakan  asas  kepada  perpaduan  hubungan  etnik.

               Hubungan  etnik  yang  mantap  sangat  perlu  dalam  kalangan  rakyat  sesebuah  negara  dan

               perpaduan yang dikecapi pada hari ini haruslah dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan

               datang.  Pelbagai  usaha  telah  diambil  untuk  meneruskan  agenda  nasional  dan  secara  tidak

               langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu.

                      Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi

               mencapai  kemajuan,  negara  memerlukan  rakyat  yang  dedikasi  dan  komited  untuk

               melaksanakan  tugas  dan  tanggungjawab  masing-masing.  Justeru,  masyarakat  perlu  saling

               memahami  dan  menghayati  lapan  nilai  1Malaysia  iaitu  budaya  kecemerlangan,  ketabahan,

               rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.



                     Malaysia  pada  masa  sekarang  berada  dalam  proses  pembangunan  yang  akan

               menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita

               amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan

               bangsa.  Sebarang  kesangsian,  kecurigaan  dan  ketidakpuasan  hati  antara  kaum  yang

               diterjemahkan  secara  berlebihan  hanya  akan  mewujudkan  ketidakstabilan  dan

               persengketaan dan akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha

               yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.






                                                                                                       17
   12   13   14   15   16   17   18