Page 5 - KOMUNIKASI ISLAM2
P. 5

ARVIN A/L
                                                                   (06DKA17F2022)

                                                                  GOPALAKRISHNAN











                     Malaysia merupakan satu Negara yang unik dimana IA merupakan satu Negara yang

               mempunyai  banyak  kaum  yang  didiami  oleh  Masyarakat  Melayu,  Cina  dan  India  yang

               merupakan tiga kaum utama Negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun
               2015  dianggarkan  melebihi  30.48  juta  penduduk.  Daripada  bilangan  penduduk  ini  bangsa

               Bumiputera Melayu meliputi 50.8%, Cina 21.8%, dan India 6.6% dan selebihnya kaum-kaum
               bumiputera bukan Melayu dan lain-lain.


                     Sejak mengecapi Kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan

               dugaan yang telah dilalui oleh Negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan

               perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas
               tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana Negara menyaksikan rusuhan kaum yang

               dasyat sehingga Negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada

               peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah
               dijalankan  untuk  mengeratkan  perpaduan  diantara  kaum  bagi  memastikan  “pisang  tidak

               berbuah dua kali”. Tetapi masih terjadi peristiwa berdarah yang tergempar di kalangan rakyat
               Malaysia iaitu peristiwa Kampung Medan Mac 2001.


                     Sebagaimana  yang  kita  tahu,  Malaysia  merupakan  masyarakat  majmuk.  Wujud  hasil

               sejarah  beratus-ratus  tahun  dahulu.  Berdepan  dengan  persoalan  hubungan  etnik  dan

               cabarannya.  Keadaan  pluraliti  masyarakat  yang  unik  ini  boleh  menyebabkan  berlaku
               ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya, persoalan sejarah

               melampau  ataupun  latarbelakang  sejarah  yang  membawa  kepada  pembawaan  masyarakat
               seperti yang ada sekarang perlu di fahami. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam

               kalangan rakyat sesebuah Negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa dan
               etnik.



                     Persoalan  hubungan  etnik  perpaduan  dan  integrasi  amat  penting  bagi  mewujudkan
               kestabilan  politik  dan  seterusnya  pembangunan  Negara  berjalan  lancar  tanpa  sebarang

               gangguan. Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga Negara dapat  disalurkan kepada



                                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10