Page 28 - PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN KTESI 2020
P. 28
Keberadaan pelajar dalam kawasan kolej
1. Pelajar WAJIB berada di dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. Pelajar hanya dibenarkan berada di perpustakaan dan kantin selepas
tamat sesi pembelajaran pada setiap hari.
3. Semasa belajar, pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali
dengan kebenaran guru yang sedang mengajar.
4. Pelajar yang meninggalkan kelas atau kawasan kolej tanpa kebenaran
dianggap ponteng.
5. Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan atau minuman di kantin
dan koperasi pada waktu rehat sahaja.
6. Pelajar tidak dibenarkan membuat pengumuman dari kelas ke kelas
kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan /
Penolong kanan hal ehwal murid.