Page 33 - PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN KTESI 2020
P. 33
1. Pelajar-pelajar yang menjadi ahli/menyertai aktiviti badan luar,
hendaklah mendapat kebenaran Pengetua.
2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyertai sebarang bentuk
pertandingan ratu cantik/fesyen.
3. Pelajar-pelajar ditegah bermain permainan pin table, video game
dan permainan-permainan seumpamanya. Membawa ke kolej
segala jenis permainan elektronik merupakan kesalahan dari segi
peraturan disiplin kolej.
4. Pelajar-pelajar dilarang bermain bunga api atau mercun. Pelajar
yang melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin
yang setimpal.