Page 30 - PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN KTESI 2020
P. 30
Tatatertib kelas
1. Pelajar hendaklah bangun dan memberikan salam/hormat sewaktu
guru masuk dan keluar kelas. Begitu juga waktu kedatangan
pengetua/pelawat-pelawat khas.
2. Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah di tanggungjawab kelas itu
sendiri dengan diawasi oleh Ketua Tingkatan/Penolong Ketua
Tingkatan.
3. Ketua/Penolongnya dan semua pelajar bertanggungjawab ke atas
segala alat-alat kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, almari,
alat tulis, penyapu, pemadam papan tulis, bakul sampah dan lain-lain
lagi. Sekiranya barang-barang tersebut hilang, hendaklah segera
dilaporkan kepada guru kelas.
4. Sekiranya kelas ketiadaan guru, ketua/penolongnya bertanggungjawab
ke atas ketenteraman dan segera mendapat guru berkenaan atau
penggantinya dengan merujuk kepada jadual penggantian guru.