Page 21 - AKTA MAKANAN 83
P. 21
1/16/2020 LawNet Malaysia
AKTA 281
Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN
Seksyen 13. Makanan yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan
(1) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa
bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(2) Dalam menentukan sama ada apa-apa makanan adalah memudaratkan kesihatan bagi maksud subseksyen (1),
perhatian hendaklah diberikan bukan sahaja tentang kesan kemungkinan makanan itu kepada kesihatan seseorang
yang memakannya tetapi juga tentang kesan kumulatif kemungkinan makanan itu yang pada keseluruhannya
mengandungi kandungan yang sama kepada kesihatan seseorang yang memakan makanan itu sebanyak yang lazim
dimakan.
[Gan. Akta A1117:s.13]
https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=330533 1/2