Page 22 - AKTA MAKANAN 83
P. 22
1/16/2020 LawNet Malaysia
AKTA 281
Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN
Seksyen 13A. Makanan yang tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia
(1) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi keseluruhannya atau
sebahagiannya—
(a) apa-apa bahan binatang atau sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau bangar;
(b) apa-apa bahagian binatang yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan; atau
(c) hasil binatang yang sudah mati selain kerana disembelih atau sebagai binatang buruan,
sama ada dikilangkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi atau padanya terdapat
apa-apa jirim yang asing kepada sifat makanan itu, atau adalah selainnya tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia,
sama ada dikilangkan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan sama ada dikilangkan atau tidak yang
dimasukkan dalam bungkusan terkedap dan bungkusan itu rosak dan tidak lagi dapat melindungi kandungannya
daripada tercemar atau merosot, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
[Mas. Akta A1117:s.13A]
https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=328840 1/2