Page 25 - AKTA MAKANAN 83
P. 25

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                       BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN



             Seksyen  14.  Larangan  terhadap  penjualan  makanan  yang  bukan  daripada  jenis,  bahan  atau  kualiti  yang
             diminta
             (1)  Mana-mana  orang  yang  menjual  apa-apa  makanan  yang  bukannya  dari  jenis,  atau  bukannya  dari  bahan  atau
             bukannya  dari  kualiti  (sebagaimana  dinyatakan  di  bawah  Akta  ini  atau  mana-mana  peraturan  yang  dibuat  di
             bawahnya)  bagi  makanan  yang  diminta  oleh  pembeli  melakukan  suatu  kesalahan  dan  apabila  disabitkan  boleh
             dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

             (2) Jika peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang menetapkan
             standard apa-apa makanan atau komposisi atau melarang atau menyekat penambahan apa-apa bahan kepada apa-
             apa makanan maka pembeli makanan itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan bagi maksud
             seksyen ini sebagai telah meminta makanan yang mematuhi peruntukan peraturan-peraturan yang sedemikian itu.
































































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=338269                    1/2
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30