Page 34 - LAPORAN MAT KE-42 KOP PUO IPOH BHD
P. 34

KOPERASI POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH BERHAD
                                                ( Di daftarkan di Malaysia )


                                  NOTA-NOTA KEPADA AKAUN UNTUK TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2019


       NOTA  1    KEGIATAN KOPERASI


                  Koperasi bergiat di dalam bidang perniagaan buku-buku teks, alatulis, barang-barang keperluan
                  pelajar, penyewaan jubah, penyewaan rumah dan urusan aktiviti pelajar.


       NOTA 2     DASAR-DASAR PERAKAUNAN


                     (a)   Asas-asas Perakaunan


                           (i)    Akaun-akaun disediakan menurut kelaziman kos asal dengan andaian bahawa
                                  kegiatan koperasi adalah berterusan.

                           (ii)   Akaun-akaun koperasi yang disediakan telah disesuaikan untuk mematuhi Akta
                                  Koperasi 1993,  dan Peraturan-peraturan Koperasi 2010 serta Undang-undang
                                  Kecil Koperasi.



                     (b)   Fi Masuk

                           Fi  Masuk adalah dikreditkan  ke Akaun Untung Rugi  sebagai  pendapatan  mengikut
                           kehendak Undang-undang Kecil  Koperasi bilangan 13(2).


                     (c)   Hartanah, Loji dan Peralatan


                           (i)   Aset-Aset Hartanah,  Loji  dan  Peralatan  dinyatakan  pada harga kos  selepas
                                 ditolak  peruntukan  susutnilai terkumpul.     Susutnilaikan  aset dikira mengikut
                                 sistem susut sama-rata mengikut  tempoh aset-aset tersebut dapat digunakan
                                 dengan cara yang ekonomik.

                           (ii)  Kadar-kadar yang digunakan adalah seperti berikut :-

                                 Bangunan                                           -      2%   setahun samarata
                                 Perabut dan Kelengkapan                            -     10%  setahun samarata
                                 Mesin Tunai                                        -     20%  setahun samarata
                                 Peti Sejuk Dan Komputer                            -     10%  setahun samarata
                                 Penghawa Dingin                                    -     20%  setahun samarata
                                 Jubah Dan Selempang                                -     30%  setahun samarata
                                 Papan Mortar                                       -     30%  setahun samarata
                                 Peralatan Kedai                                    -     20%  setahun samarata


                           (iii)  Susutnilai untuk aset bangunan,  jubah dan mesin pencetak banner dipelaraskan
                                 (set off)   dengan  Kumpulan Wang  Kebajikan  Am,  Tabung  Pendidikan  dan
                                 Pembangunan Koperasi dan Tabung Keceriaan masing-masing pada tahun lalu.

                           (iv)  Susutnilai tidak dibuat ke atas aset tetap yang nilai bukunya tinggal RM 1.00,
                                 walaupun masih digunakan.


                                                            m/s 7

                                 KOPERASI POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH BERHAD
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39