Page 35 - LAPORAN MAT KE-42 KOP PUO IPOH BHD
P. 35

( Di daftarkan di Malaysia )


                                  NOTA-NOTA KEPADA AKAUN UNTUK TAHUN BERAKHIR 31 OGOS 2019


                       (d)  Inventori Perniagaan

                           Inventori Perniagaan adalah dinilai mengikut harga kos belian atau harga pasaran yang
                           mana terendah dan disahkan oleh Koperasi.


                       (e)  Aset Kumpulan Wang Rizab Statutori

                           Faedah atas  Simpanan Tetap  bagi  mewakili  Aset  Kumpulan Wang Rizab Statutori
                           dikira mengikut asas tunai.

                       (f)  Rosotnilai Aset


                           Pada tarikh  kunci kira-kira,   koperasi menyemak nilai  bawaan aset  bagi menentukan
                           samada  terdapat  petunjuk  bahawa  nilai aset  mungkin  merosot.     Sekiranya wujud
                           petunjuk tersebut, kemerosotan nilai aset akan diukur semula dengan membandingkan
                           nilai bawaan aset dengan nilai yang diperolehi semula.


                           Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam akaun untung rugi dengan
                           serta merta kecuali aset tersebut dinyatakan pada nilai penilaian.  Penambahan selan-
                           jutnya dalam nilai boleh pulih aset diambilkira sebagai pengambalian semula terhadap
                           kerugian rosotnilai terdahulu dan diiktiraf setakat tahap nilai dibawa aset tersebut yang
                           boleh dipastikan (setelah ditolak  pelunasan dan  susutnilai) seandainya tiada kerugian
                           rosotnilai yang diiktiraf sebelum ini.  Pengambalian semula tersebut diambilkira didalam penyata
                           pendapatan.

                       (g)  Pelaburan

                           Pelaburan dalam  syer siar harga  dan taksiar  harga  dinyatakan  pada harga kos asal.
                           Pelaburan itu akan dikurangkan nilainya apabila anggota Lembaga berpendapat bahawa
                           kemorosotan nilai pelaburan adalah berkekalan.


                       (h)  Penghutang

                           Hutang lapuk yang diketahui  akan dihapuskira dan peruntukan  yang  mencukupi  akan
                           dibuat ke atas baki hutang yang diragui kutipannya.


                       (i)  Pengiktirapan Pendapatan

                             i)  Pendapatan Jualan

                                 Jualan daripada barangan kedai diiktiraf apabila barang dijual.

                             ii)  Pendapatan Pelaburan

                                 Pendapatan dividen  daripada lain-lain  pelaburan diambilkira  didalam  penyata  kewangan
                                 apabila hak ke atas penerimaannya ditentukan.

                             iii)  Pendapatan Sewa Dan Faedah

                                 Pendapatan sewa dan faedah diiktiraf menggunakan asas tunai.


                                                            m/s 8
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40