Page 26 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 26

pesakit  memakai  pelitup  separuh  muka  serta

                                                digalakkan memakai sarung tangan dan apron

                                                pakai  buang,  menjaga  penjarakan  fizikal

                                                sekurang-kurangnya  satu  (1)  meter  daripada

                                                pesakit dan kerap mencuci tangan dengan air

                                                dan  sabun  atau  menggunakan  pensanitasi

                                                tangan;

                                          e.  memantau dan mengawal pergerakan pesakit;

                                          f.    memberi  kerjasama  kepada  PKD  untuk

                                                menjalankan  siasatan  dan  mengenal  pasti

                                                kontak  rapat  kepada  pesakit.  Pesakit  dan

                                                kontak rapat akan diuruskan selanjutnya oleh

                                                PKD mengikut SOP yang ditetapkan;

                                          g.  bagi murid/pelajar harian, sekiranya PKD tidak

                                                tiba atau atas arahan PKD, ahli keluarga perlu

                                                dimaklumkan  untuk  menjemput  pesakit  dari

                                                sekolah  dengan  menggunakan  kenderaan


                                                sendiri.  Hanya  seorang  sahaja  dibenarkan
                                                menjemput  pesakit  dan  hendaklah  terus


                                                pulang  ke  rumah.  Ahli  keluarga  hendaklah
                                                mematuhi  SOP  (termasuk  memakai  pelitup


                                                separuh       muka      dan      membuka         tingkap
                                                kenderaan)  sepanjang  perjalanan  pulang  ke


                                                rumah. Ahli keluarga hendaklah memaklumkan

                                                kepada PKD yang berhampiran dengan segera

                                                apabila tiba di rumah;

                                          h.  bagi  murid/pelajar  asrama,  pesakit  segera

                                                diasingkan    sementara  menunggu  PKD  tiba

                                                untuk tindakan selanjutnya;



                                                           20
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31