Page 22 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 22
semasa ke semasa;
2.4.2 memastikan murid/pelajar, guru dan warga sekolah
berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah;
2.4.3 memastikan murid/pelajar, guru dan warga sekolah
sentiasa memakai pelitup separuh muka sepanjang
tempoh berada di sekolah;
2.4.4 memastikan saringan demam serta gejala batuk,
selesema, sakit tekak atau sesak nafas dilakukan
terhadap murid/pelajar, guru dan warga sekolah
pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi
persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan
melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Pentadbir
sekolah dibenarkan untuk melaksanakan saringan ini
di dalam kawasan sekolah berhampiran dengan
pintu masuk utama jika laluan masuk ke sekolah
sempit atau berhampiran dengan jalan utama. Hal ini
adalah bagi mengelakkan kesesakan dan
ketidakpatuhan pada penjarakan fizikal;
2.4.5 memastikan masa senggang diperuntukkan bagi
mengambil suhu badan murid/pelajar yang berjalan
kaki/berbasikal ke sekolah;
2.4.6 melantik guru bertugas untuk:
a. mengawal pergerakan murid/pelajar di pintu
masuk utama sekolah semasa tiba dan
pulang;
b. mengimbas suhu badan murid/pelajar; dan
c. mengawal pergerakan murid/pelajar semasa
rehat.
16