Page 17 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 17

2.      Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan



                       2.1  Pendahuluan



                              Semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan perlu

                              mematuhi  Garis  Panduan  Pengurusan  dan  Pengoperasian

                              Sekolah  Dalam  Norma  Baharu  2.0  bagi  memastikan

                              pengurusan  sekolah  dan  proses  PdP  beroperasi  dengan

                              lancar.  Panduan  ini  mengandungi  lima  (5)  aspek  iaitu

                              pengurusan  sekolah,  pengurusan  prasarana,  keselamatan

                              murid/pelajar, guru dan warga sekolah, PdP dan pelibatan ibu

                              bapa/penjaga.





                       2.2  Pengurusan Sekolah



                              2.2.1      Kehadiran guru dan murid/pelajar ke sekolah adalah


                                         seperti yang berikut:
                                          a.     kehadiran  guru  tertakluk  pada  arahan


                                                 perkhidmatan  Jabatan  Perkhidmatan  Awam
                                                 (JPA),  Jabatan  Perdana  Menteri  dan  KPM


                                                 dari semasa ke semasa; dan
                                          b.     kehadiran  murid/pelajar  adalah  berdasarkan


                                                 model pengoperasian sekolah.

                              2.2.2      Waktu  persekolahan  boleh  dilaksanakan  secara

                                         berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar

                                         negeri. Bagi mengelakkan kesesakan, pihak sekolah

                                         boleh     mengurus         pergerakan        keluar     masuk

                                         murid/pelajar berdasarkan model berikut:



                                                           11
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22