Page 18 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 18
a. Model 1 - ruang menunggu di dalam kawasan
sekolah;
b. Model 2 - laluan terarah sehala;
c. Model 3 - kawalan keberadaan murid/pelajar
oleh polis/RELA/PBT/PIBG/Alumni/PIBK/
KSIB/Sukarelawan (Ibu bapa dan Komuniti);
d. Model 4 - penyuraian murid/pelajar secara
berperingkat; dan
e. Model 5 - menunggu di dalam bilik darjah
(sistem panggilan).
2.2.3 Perhimpunan sekolah yang melibatkan
murid/pelajar, guru atau warga sekolah berkumpul
secara beramai-ramai tidak dibenarkan.
2.2.4 Aktiviti lain yang melibatkan murid/pelajar, guru atau
warga sekolah berkumpul bagi tujuan PdP
dibenarkan. Walau bagaimanapun, bilangan
murid/pelajar dan guru yang terlibat bergantung pada
kapasiti kawasan atau ruang di sekolah dengan
mengambil kira penjarakan fizikal dan keselamatan.
2.3 Pengurusan Prasarana
Pentadbir bertanggungjawab:
2.3.1 memastikan kawasan dan bangunan sekolah
termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi
persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas
tamat sesi persekolahan;
12