Page 60 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 60

5.      Pengurusan Asrama Sekolah



                       5.1  Pendahuluan



                              Panduan  ini  disediakan  bagi  melancarkan  pengurusan

                              asrama  yang  melibatkan  asrama  sekolah  KPM,  asrama

                              swasta  yang  berdaftar  dengan  KPM  dan  asrama  bukan

                              di bawah KPM.





                       5.2  Pengurusan Umum



                                5.2.1     Murid/pelajar yang sihat sahaja dibenarkan kembali

                                          ke asrama dengan syarat mereka dan ahli keluarga

                                          yang  tinggal  serumah  tidak  dalam  tempoh

                                          menjalani kuarantin/tiada kontak rapat.

                                5.2.2     Saringan kesihatan dilakukan semasa pendaftaran


                                          masuk  ke  asrama.  Murid/pelajar  yang  didapati
                                          mempunyai  suhu  badan  melebihi  37.5°C  atau


                                          bergejala perlu diasingkan  di bilik kesihatan/sakit,
                                          hendaklah  memakai  pelitup  separuh  muka  dan


                                          dihantar  ke  klinik  kesihatan  untuk  rawatan  atau
                                          dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga.


                                5.2.3     Persediaan  pihak  sekolah  sebelum  murid/pelajar

                                          masuk ke asrama:

                                          a.     tanda  penjarakan  satu  (1)  meter  disediakan

                                                 untuk  murid/pelajar  beratur  bagi  semua  bilik

                                                 khas  yang  bersesuaian  (tandas,  bilik  air/

                                                 mandi, bilik cuci, bilik gosok dan pantri);



                                                           54
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65