Page 65 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 65
anak/anak jagaan dan ibu bapa/penjaga yang
demam dan/atau bergejala tidak dibenarkan
bertemu anak/anak jagaan;
c. pihak sekolah hendaklah menyediakan
tempat/bilik khas, jadual melawat dan
peraturan yang perlu dipatuhi. Air dan
sabun/pensanitasi tangan perlu disediakan
untuk kegunaan murid/pelajar dan ibu
bapa/penjaga;
d. pihak sekolah hendaklah melakukan sanitasi
pada tempat/bilik khas selepas setiap sesi
perjumpaan antara murid/pelajar dan ibu
bapa/penjaga;
e. ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak
dengan imuniti badan yang rendah digalakkan
membekalkan anak dengan pelitup separuh
muka secukupnya; dan
f. pemantauan secara berkala perlu diadakan
bagi memastikan murid/pelajar sentiasa
mematuhi penjarakan fizikal dan berada
dalam keadaan sihat.
5.6 Perkhidmatan Dobi
5.6.1 Cucian pakaian dengan mesin basuh/perkhidmatan
dobi di asrama adalah secara individu sahaja.
5.6.2 Mesin basuh yang digunakan hendaklah
dibersihkan atau disanitasi sebelum dan selepas
digunakan.
59