Page 70 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 70
kelengkapan solat.
c. Murid/pelajar hendaklah berwuduk di tempat
yang telah ditetapkan.
6.5.5 Semasa di Surau
a. Murid/pelajar tidak dibenarkan bersentuhan
dan bersalaman dengan murid/pelajar lain
semasa berada di surau serta sentiasa
mematuhi penjarakan fizikal.
b. PdP seperti tasmik untuk Kurikulum
Bersepadu Tahfiz (KBT) boleh dilaksanakan
dengan mematuhi penjarakan fizikal.
6.5.6 Selepas Solat
a. Murid/pelajar tidak dibenarkan bersentuhan
atau bersalaman selepas menunaikan solat.
b. Murid/pelajar perlu segera beredar sebaik
sahaja selesai menunaikan solat.
6.6 Solat Jumaat bagi Murid/Pelajar Asrama
6.6.1 Murid/pelajar asrama boleh menunaikan solat
Jumaat di surau sekolah/asrama yang telah
mendapat kebenaran sementara daripada Jabatan
Agama Islam Negeri.
6.6.2 Murid/pelajar asrama tidak dibenarkan menunaikan
solat Jumaat di masjid/surau di luar kawasan
sekolah.
64