Page 69 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 69
naungan raja-raja dan surat siaran serta garis
panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama
Islam di negeri masing-masing.
6.5.2 Jemaah hanya dibenarkan untuk murid/pelajar,
guru dan warga sekolah. Kebenaran ini juga
diberikan kepada individu seperti berikut:
a. imam, bilal dan ahli jawatankuasa surau yang
dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri
atau komuniti untuk mengendali urusan solat
Jumaat di surau sekolah;
b. pekerja kontrak kebersihan;
c. pekerja kantin sekolah;
d. pekerja perkhidmatan makanan bermasak di
asrama; dan
e. pengawal keselamatan.
6.5.3 Bagi surau sekolah yang bukan berstatus surau
Jumaat, pihak sekolah boleh mengemukakan
permohonan kebenaran sementara daripada
Jabatan Agama Islam Negeri. Walau
bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk pada
budi bicara jabatan berkenaan.
6.5.4 Sebelum ke Surau
a. Setiap murid/pelajar mesti membawa
kelengkapan solat sendiri seperti sejadah,
telekung, songkok, kopiah dan selipar untuk
kegunaan semasa di surau atau di bilik-bilik
khas yang telah ditetapkan sebagai tempat
solat.
b. Murid/pelajar tidak dibenarkan berkongsi
63