Page 72 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 72
7. Pengurusan Murid Berkeperluan Khas (MBK)
7.1 Pendahuluan
Panduan pengurusan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK)
bertujuan untuk memudahkan pengurusan MBK sama ada
di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas
Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif.
7.2 Sebelum Sesi Persekolahan Bermula
7.2.1 Pengisytiharan Kesihatan
a. Ibu bapa/penjaga perlu membuat
pengisytiharan kesihatan MBK melalui
borang seperti di Lampiran 3. Maklumat
yang dikemukakan dalam borang tersebut
merupakan indikator bagi menentukan tahap
kesihatan MBK dan keupayaan penjagaan
kesihatan kendiri oleh MBK; dan
b. Pengisytiharan kesihatan MBK perlu
dikemukakan kepada pihak sekolah
sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum
sesi persekolahan bermula.
7.2.2 Persediaan Sebelum MBK Ke Sekolah
a. Pihak sekolah perlu mengatur:
i. jadual bekerja PPM bagi memastikan
semua PPM datang lebih awal untuk
mengurus ketibaan MBK; dan
66