Page 63 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 63
5.3.3 Sekiranya penjarakan katil satu (1) meter tidak
dapat dilaksanakan, pihak sekolah hendaklah
meletakkan penghadang antara katil dua (2) tingkat
(double-decker) seperti almari dan lain-lain yang
bersesuaian.
5.4 Pengurusan Dewan Makan Asrama
5.4.1 Jadual penggiliran waktu makan disediakan di
dewan makan sekiranya perlu.
5.4.2 Tempat beratur dan kedudukan tempat makan
dewan makan diletakkan penandaan bagi
penjarakan fizikal (contoh: jarak satu (1) meter
untuk beratur semasa mengambil makanan dan
menghantar dulang makan di dewan makan
asrama) dan tanda tempat duduk dengan
penjarakan fizikal semasa waktu makan.
5.4.3 Makanan boleh disajikan secara bufet, hidangan
individu atau berbungkus.
5.4.4 Pekerja dewan makan/pramusaji sahaja
dibenarkan untuk mencedok makanan.
5.4.5 Pekerja dewan makan/pramusaji mesti memakai
pelitup separuh muka dan sarung tangan semasa
menyedia dan menghidangkan sajian.
5.4.6 Penggunaan skirting di meja makan tidak
dibenarkan.
57