Page 7 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 7

1.      Panduan Umum



                       Garis  Panduan  Pengurusan  dan  Pengoperasian  Sekolah  Dalam

                       Norma Baharu 2.0 ini mengandungi sepuluh (10) skop utama yang

                       telah  dikemas  kini  berdasarkan  Garis  Panduan  Pengurusan  dan

                       Pengoperasian  Sekolah  Dalam  Norma  Baharu  yang  telah

                       dikeluarkan pada 5 Oktober 2020 dan Garis Panduan Pengurusan

                       Pembukaan Semula Sekolah pada 4 Jun 2020 serta semua garis

                       panduan  tambahan  (annex)  yang  dikeluarkan  oleh  Kementerian

                       Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.





                       1.1  Tujuan



                              1.1.1      Garis  panduan  ini  disediakan  sebagai  rujukan

                                         kepada  pegawai  bahagian  di  KPM,  Jabatan

                                         Pendidikan  Negeri  (JPN),  Pejabat  Pendidikan


                                         Daerah (PPD)  dan pentadbir serta guru  di  sekolah
                                         tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira


                                         langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan
                                         penyakit Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).


                              1.1.2      Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama
                                         dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, arahan


                                         dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa

                                         serta yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

                              1.1.3      Garis  panduan  ini  terpakai  kepada  semua  sekolah

                                         rendah       dan      sekolah       menengah         termasuk

                                         prasekolah,  Kolej  Vokasional  dan  Kolej  Tingkatan

                                         Enam  di  bawah  KPM  dan  Institusi  Pendidikan

                                         Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.


                                                            1
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12