Page 8 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 8
1.1.4 Tabika/tadika kerajaan, sekolah yang berdaftar
dengan agensi kerajaan yang lain dan institusi
pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM juga
disarankan merujuk garis panduan ini.
1.1.5 Garis panduan ini disediakan bagi memastikan
penjagaan kesihatan dan keselamatan adalah
berdasarkan prinsip:
a. mengelakkan 3C iaitu menjauhi kawasan
sesak (crowded place), mengelak kawasan
sempit (confined space) dan mengelak
bercakap/bersembang dengan jarak yang
dekat (close conversation); dan
b. menekankan amalan 3W iaitu mencuci tangan
dengan air dan sabun/pensanitasi tangan
(wash), memakai pelitup separuh muka
(wear) dan amaran daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) berkonsepkan
peringatan (warn) termasuk penjarakan fizikal
serta tidak bersalaman.
1.2 Latar Belakang
1.2.1 Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020. Seterusnya,
tempoh PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa
termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP). Manakala pada 13 Januari 2021,
2