Page 9 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 9
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan PKP
2.0 bagi seluruh negeri bagi membendung penularan
COVID-19.
1.2.2 Sehubungan dengan itu, KPM telah mengeluarkan
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Bilangan 3 Tahun 2020: Garis Panduan Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan
Jangkitan COVID-19 bertarikh 27 Mac 2020 bagi
memastikan pembelajaran murid/pelajar tidak
terjejas. KPM juga telah mengeluarkan Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2 dan
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah bertarikh 2 Februari
2021 yang bertujuan untuk memberi panduan
kepada guru bagi melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara berstruktur.
1.2.3 KPM telah melaksanakan beberapa sesi libat urus
bersama-sama agensi berkepentingan serta
pemegang taruh dan mendapat pengesahan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan
Perdana Menteri (JPM) bagi menghasilkan Garis
Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
yang dikeluarkan pada 4 Jun 2020 dan Garis
Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah
Dalam Norma Baharu pada 5 Oktober 2020 serta
semua garis panduan tambahan (annex) yang
3