Page 159 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 159
Bab 3 - 44
3.10 Unjuran Keperluan Kemudahan Keagamaan Berdasarkan Rancangan Tempatan
Unjuran keperluan kemudahan keagamaan adalah penitng bagi memastikan permohonan baru akan
mengikut piawaian perancangan yang telah ditetapkan. Perancangan dan penyediaan kemudahan keagamaan
adalah berlandaskan kepada keperluan semasa, tadahan penduduk dan berdasarkan nisbah mengikut
piawaian .
▪ Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru dan Kulai, 2025 (Penggantian)
Cadangan penyediaan kemudahan masyarakat juga mengambil kira pembukaan kawasan untuk
pembangunan baru. Keperluan ini akan diagihkan secara saksama dalam Daerah Johor Bahru dan Kulai
mengikut tadahan penduduk, tahap kemudahsampaian, kedudukannya berhampiran dengan nukleus
pertumbuhan bandar serta logiknya perletakan kemudahan dicadangkan di kawasan tersebut untuk
mengelakkan pertindihan dengan kemudahan sedia ada. Antara pertimbangan yang diambil kira:
i. Unjuran pertambahan penduduk sehingga tahun 2025 (3,836,865 orang);
ii. Taburan kemudahan masyarakat sedia ada;
iii. Faktor jarak atau kemudahsampaian di antara kawasan kediaman dengan kemudahan; dan
iv. Garis panduan perancangan kemudahan masyarakat sedia ada.
Jadual 3.24: Unjuran Keperluan Kemudahan Agama Islam, Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru dan Kulai,2025 (Penggantian)
SEDIA ADA TAHUN UNJURAN KEPERLUAN
DAERAH
2015 2020 2025 PERTAMBAHAN
Masjid 109 232 260 137
Surau 334 519 589 255
Perkuburan Islam (luas, hektar) 47.34 80.08 113.44 166,730 Lot Kubur
Mekanisme pelaksanaan kemudahan ini bergantung kepada agensi teknikal yang terlibat dan pemanduan
oleh PBT. Strategi yang dikemukakan untuk cadangan pembangunan kemudahan masyarakat adalah seperti
berikut:
i. Menyelaras perancangan dan penyediaan kemudahan masyarakat serta mempertingkatkan kualitinya
selaras dengan keperluan penduduk;
ii. Meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi sama ada kerajaan mahupun swasta dengan
membangunkan kemudahan masyarakat bagi kawasan yang telah dikenalpasti;
iii. Memastikan perletakan kemudahan masyarakat dirancang mengikut tumpuan penduduk dengan
mengambil kira tahap kemudahsampaian kepada pengguna terutama di kawasan luar bandar dan
pedalaman; dan
iv. Mempertingkatkan penyediaan kemudahan untuk golongan istimewa seperti orang kurang upaya dan
warga emas
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A