Page 163 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 163

Bab 4- 2






          4.1 Kaedah Amalan Terbaik : Masjid

          4.1.1  Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
                Lokasi : Kompleks Kerajaan, Kuala Lumpur



           Pembinaan Masjid Wilayah Persekutuan boleh diibaratkan sebagai monumen yang melambangkan ketinggian
           martabat seni bina dalam pembinaan masjid di negara ini. Ini kerana masjid di ini dibina menggunakan
           gabungan pelbagai unsur kesenian yang terdapat pada seni bina Islam dari seluruh dunia di samping kemajuan
           teknologi serta penggunaan peralatan terkini. Pembinaan masjid ini berkonsepkan Masjid di Dalam Taman
           yang menerapkan elemen semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan air. Konsep itu adalah gabungan dalam
           bentuk lima taman yang terdiri daripada sebuah taman hutan, taman palma dan sebuah taman perubatan.

           Pusat   komuniti  dan   kompleks   ilmu
           diintegraskan untuk menjadi asas kepada konsep
           reka bentuk masjid ini. Selain itu, tarikan di
           masjid ini ialah dataran terbuka dikenali sebagai
           Laman Hidayah yang dihiasi batu granit berwarna
           kelabu. Air pancut di tengah Laman Hidayah
           bukan hanya berfungsi sebagai landskap tetapi
           juga untuk mengimbangi kepanasan matahari di
           laman berkenaan terutama waktu tengahari.
           Kesenian masjid ini dipamerkan pada reka bentuk
           struktur masjid yang menggabungkan seni khat,
           ukiran batu dalam corak geometri Islam dan seni
           tatah bermotifkan awan larat sebagai tema
                                                                            Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
           mihrab.

          Jadual 4.1 : Kriteria Amalan Terbaik Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
           Kriteria                         Keistimewaan  Penerangan
           Komponen yang lengkap      ●    Konsep        Masjid sebagai Pusat Pendidikan, Kajian dan Rekreasi
           Aksesibiliti yang baik     ●
                                           Landskap      • Masjid dikelilingi laluan pejalan kaki dan pancutan air.
           Tempat letak kenderaan yang                   • Dihiasi seni landskap tumbuhan herba.
           mencukupi                  ●
                                           Kemudahan     Bilik VIP, Dewan Serba Guna, Tabika, Asrama Lelaki Dan
           Penyelenggaraan bangunan
           Yang baik                  ●                  Perempuan, Pejabat Pentadbiran Asrama, Tabika, Kelas
                                                         Sekolah Agama, Bilik Seminar, Perpustakaan, Dewan
           Ciri-ciri keselamatan      ●                  Jamuan Lelaki Dan Perempuan, Ruang Solat Utama,
           Ciri-ciri bangunan hijau   ●                  Halaman Nur-hidayah Dan Pejabat Pentadbiran Masjid.
           Kemudahan OKU & warga emas  ●   Kemudahan OKU  1.  Al-Quran Braille
           Penyediaan landskap        ●                  2.  Kerusi Roda
                                                         3.  Lif
           Perimeter planting         ●                  4.  Laluan OKU
           Laman web / media sosial   ●
                                           Perkhidmatan  • Laman Web Rasmi untuk makluman dan tempahan
           Berhampiran pengangkutan awam                  aktiviti komersial, ilmiah dan lawatan.
                                      ●
                                                         • WIFI Percuma
           Program keagamaan & perayaan  ●               • Dobi (menggunakan aplikasi)
                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168