Page 166 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 166
Bab 4- 5 K
I
A
B
R
E
T
N
A
L
A
M
A
H
A
D
E
A
K
Elemen landskap di masjid ini ialah taman tropika formal yang dihiasi
dengan tumbuhan tanaman Islam yang sesuai dengan seni bina Masjid.
Masjid ini dihiasi dengan taman tropika yang rimbun dengan tumbuhan
berbunga dan berwarna-warni. Terdapat ruang-ruang formal dengan
elemen air di sekeliling plaza. Selain itu masjid ini menyediakan
kemudahan yang lengkap untuk kegunaan kariah dan pengunjung seperti
Dewan Serba Guna, Pejabat Pentadbiran, Bilik VIP, Bilik Seminar/ Kuliah,
Bilik Mesyuarat, Kaunter Informasi, Perpustakaan, Ruang Solat Utama,
Pejabat Pentadbiran Masjid dan Laman Taman. Selain itu Masjid ini juga
mesra OKU yang turut menyediakan kemudahan kepada OKU seperti
laluan lif dan laluan khas daripada tempat letak kenderaan sehingga ke
dalam bangunan masjid.
Enam Menara Masjid Kota Iskandar
Masjid Kota Iskandar menyediakan perkhidmatan pemandu
pelancong atau dikenali sebagai ‘Tour Guide” masjid yang akan
membawa pengunjung mengelilingi kawasan masjid menikmati
keindahan seni bina masjid ini. Perkidmatan ini juga turut terbuka
kepada orang Bukan Islam serta terdapat kawasan-kawasan khas di
sekitar kawasan masjid untuk pengunjung orang Bukan Islam.
Rekabentuk Kubah Masjid Kota Iskandar
Sumber: https://cahayajauhar.com/
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A