Page 165 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 165
Bab 4- 4
4.1.2 Masjid Kota Iskandar
Lokasi : Iskandar Puteri, Johor Bahru
Masjid Kota Iskandar telah siap dibina pada tahun 2014. Konsep perancangan keseluruhan masjid dan
bangunan sekitarnya berdasarkan pada paksi yang dikenali sebagai ‘Al-Mustaqim’, titik rujukan kiblat visual
yang bermula dari menara mercu yang terletak di kawasan perairan di sebelah timur. Terdapat sebuah arca kecil,
yang menunjukkan kiblat dihubungkan ke masjid melalui jalan pejalan kaki dan kawasan landskap.
Masjid Kota Iskandar dirancang dengan seni bina yang
mewah dan unik, antaranya ialah di sebalik kubah utama
terdapat kubah kerangka berlubang dengan lampu di
bawah langit (kaca). Gabungan geometri dan kaligrafi
pada struktur kubah membuatkan cahaya dan udara
masuk ke ruang dalaman masjid.
Kubah ini dilengkapkan dengan enam menara yang akan
bercahaya pada waktu malam. Enam elemen menara ini
melambangkan enam (6) rukun iman yang menjadi
pegangan seorang muslim. Paksi-paksi menara ini
menonjol di latar langit Iskandar Puteri kerana
kedudukan masjid ini sendiri terletak di atas bukit
serta ketinggian enam menara tersebut yang menonjol.
Masjid Kota Iskandar
Jadual 4.2 : Kriteria Amalan Terbaik Masjid Kota Iskandar, Johor Bahru
Kriteria Keistimewaan Penerangan
Komponen yang lengkap ●
Konsep Inspirasi Syurga Cahaya Jauhar
Aksesibiliti yang baik ●
Landskap • Kolam pantulan cahaya langit
Tempat letak kenderaan yang • Taman atas bumbung dan taman dalam masjid
mencukupi ●
• Enam menara ‘cahaya’ melambangkan 6 rukun iman
Penyelenggaraan bangunan • Laluan pejalan kaki berhubung dengan kawasan
Yang baik ● pentadbiran
Ciri-ciri keselamatan ●
Kemudahan Dewan Serba Guna, Pejabat Pentadbiran, Bilik VIP, Bilik
Ciri-ciri bangunan hijau ● Seminar/ Kuliah, Bilik Mesyuarat, Kaunter Informasi,
Kemudahan OKU & warga emas ● Perpustakaan, Dewan Jamuan Lelaki Dan Perempuan,
Ruang Solat Utama, Lif, Pejabat Pentadbiran Masjid dan
Penyediaan landskap ● Laman Taman.
Perimeter planting ●
Kemudahan OKU • Lif
Laman web / media sosial ● • Laluan OKU
Berhampiran pengangkutan awam ● Perkhidmatan • Pemandu pelancong
Program keagamaan & perayaan ● • Ruangan lawatan untuk orang bukan islam
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A