Page 170 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 170
Bab 4- 9 K
I
A
B
R
E
T
N
A
L
A
M
A
H
A
D
E
A
K
Kepelbagaian program yang disediakan di
masjid serta keselesaan ruang solat
berhawa dingin dan kedudukannya di
pusat bandar mungkin menjadi tarikan
utama umat Islam. Setiap pagi setelah
subuh, diadakan sesi kuliah sesi ‘tadahan’
ataupun pengajian kitab setiap hari
mengumpulkan ‘murid-murid’ daripada
latar belakang berbeza yang mahu
membaca dan mendalami kitab daripada
pelbagai genre ilmu.
Senibina Inggeris Masjid Muhammadi
Masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan ini tidak hanya menjalankan kuilah-kuliah, ataupun kelas-kelas
agama sahaja, malah kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila pihak masjid menganjurkan tabika yang
dikendalikan olehh pengajar yang bertauliah. Masjid Muhammadi menjadi tempat utama baginda Sultan Kelantan,
Sultan V Muhammad untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah dan mengikuti kuliah ilmu sekiranya
baginda tiada urusan di tempat lain. Meskipun tempat bersemayam baginda di Istana Telipot juga berdekatan
dengan sebuah masjid besar, namun baginda akan berjumpa dengan orang-orang dengan Jemaah masjid dan tanpa
protokol istana. Sultan Kelantan mempunyai bilik khas (Bilik Diraja) di masjid ini yang menjadi tempat baginda
beristirehat sebelum tiba waktu solat dan membaca serta menghafaz ayat-sayat suci Al-Quran bersama imam-
imam bertugas.
Antara kemudahan yang disediakan di masjid ini ialah bilik VVIP, Bilik Sultan, pejabat masjid, pusat mini pungutan
zakat, dewan Dato’ Haji Hasbullah, kaunter informasi, ruang solat utama, bilik kuliah/seminar, ruangan khas bagi
pelawat bukan Islam dan dewan jamuan lelaki dan perempuan.
Pengubahsuaian Masjid Muhammadi Menjadi Bangunan Gaya Inggeris Pada Tahun 1922
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A