Page 167 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 167
Bab 4- 6
4.1.3 Masjid Daing Abdul Rahman
Lokasi : Nusa Idaman, Iskandar Puteri, Johor
Setiap masjid pastinya mempunyai konsep seni bina yang tersendiri. Walaupun dibina dengan konsep moden
mahupun tradisional, elemen Islam tetap digabungkan sehingga terhasilnya sebuah rumah ibadah yang cantik
dan mempersonakan. Masjid Daing Abdul Rahman yang terletak di Johor ini antara masjid yang pertama
mengenengahkan seni bina bertemakan industrial dan mesra alam. Masjid ini antara rumah ibadat yang
mengikut peredaran masa dengan seni bina yang agak ‘hipster’ dan ‘cool’ dibina pada tahun 2017. Masjid ini
dibina dengan berkeluasan 3 ekar dan tanah masjid ini diwakafkan.
Masjid ini mampu menampung sehingga 2,000
jemaah pada satu-satu masa. Seluruh kawasan solat
adalah berhawa dingin dengan kawasan ruang
solat yang luas di tingkat bawah dan di tingkat atas
boleh ditukar menjadi kelas dan dewan serbaguna.
Perancangan masjid ini adalah lebih terbuka iaitu
bilik wuduk dan tandas dipisahkan ke ruangan
pavilium bersebelahan. Pintu masuk plaza masjid
ini dilitupi kanopi yang memberi teduhan. Masjid
Daing Abdul Rahman menerapkan peranan masjid
sebagai pusat komuniti yang menggalakkan aktiviti
setiap hari, namun bukan hanya aktiviti berkaitan
solat.
Masjid Daing Abdul Rahman
Jadual 4.3 : Kriteria Amalan Terbaik Masjid Daing Abdul Rahman, Johor Bahru
Kriteria Keistimewaan Penerangan
Komponen yang lengkap ● Konsep • Senibina Industri dan Mesra Alam
Aksesibiliti yang baik ● • Keutamaan kepada Komuniti
Tempat letak kenderaan yang Landskap Tanaman di sekeliling Masjid
mencukupi ●
Penyelenggaraan bangunan Kemudahan Ruangan Solat
Yang baik ● Dewan Serba Guna, Pejabat Pentadbiran, Bilik Seminar/
Ciri-ciri keselamatan ● Kuliah, Ruang Solat Utama.
Ciri-ciri bangunan hijau ● Ruangan Aktiviti Komuniti
Kemudahan OKU & warga emas ● Ruang Zumba, Salon dan Spa untuk Wanita, Permainan
Penyediaan landskap ● Ping Pong dan Memanah untuk anak-anak, Kafe Yang
Terbuka Untuk Orang Islam dan Bukan Islam.
Perimeter planting ●
Laman web / media sosial ● Kemudahan OKU Laluan OKU
Berhampiran pengangkutan awam Perkhidmatan Kelas untuk Pendidikan Masyarakat Setempat, Aktiviti
●
Khusus untuk wanita termasuk bengkel masakan dan
Program keagamaan & perayaan ● meraikan festival yang disambut orang bukan islam.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A