Page 169 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 169
Bab 4- 8
4.1.4 Masjid Muhammadi
Lokasi : Kota Bharu, Kelantan
Masjid negeri bagi negeri Kelantan ini dibina pada tahun 1867 semasa pemerintahan Sultan Muhammad II
(1830-1886). Pengubahsuaian masjid ini dari bangunan kayu menjadi bangunan gaya Inggeris dibuat pada tahun
1922 dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail pada Julai 1931 dan menamakan Masjid Muhammadi.
Pengubahsuaian dan penambahan bangunan
Masjid telah dilakukan beberapa kali dan
keseluruhan bangunan Masjid seluas 10,600 kaki
persegi dan dapat menampung sehingga 2,500
orang jemaah. Masjid ini merupakan Pusat
Pengajian Islam yang terkenal dan berpengaruh
di Kelantan dan Kota Bahru khususnya. Selain itu
pentadbiran masjid dibantu oleh 23 kakitangan
termasuk Imam Muda I, Imam Muda II, Bilal,
Siak, pengawal keselamatan dan pekerja
kebersihan. Bilangan yang ramai ini sudah pasti
diperlukan untuk mengurus sebuah masjid yang
menarik kunjungan bukan sahaja ahli kariah dan
pekerja pejabat serta peniaga sekitar bandar
tetapi juga pelancong dari dalam dan luar negeri.
Masjid Muhammadi
Jadual 4.4 : Kriteria Amalan Terbaik Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Kriteria Keistimewaan Penerangan
Komponen yang lengkap ● Senibina Senibina Inggeris tahun 1922
Aksesibiliti yang baik ● Istimewa
Tempat letak kenderaan yang Tempat utama Sultan Kelantan, Sultan V Muhammad untuk
menunaikan solat lima waktu secara berjemaah dan
mencukupi
mengikuti kuliah ilmu sekiranya baginda tiada urusan di
Penyelenggaraan bangunan tempat lain.
Yang baik ●
Ciri-ciri keselamatan ● Kemudahan Bilik VVIP, Bilik Sultan -Bilik Khas Sultan Kelantan (tempat
baginda beristirehat sebelum tiba waktu solat dan
Ciri-ciri bangunan hijau
membaca serta menghafaz ayat-sayat suci Al-Quran
Kemudahan OKU & warga emas ● bersama imam-imam bertugas), Pejabat Masjid, Pusat Mini
Penyediaan landskap ● Pungutan Zakat, Perpustakaan, Dewan Dato’ Haji
Hasbullah, Kaunter Informasi, Ruang Solat Utama, Bilik
Perimeter planting ● Kuliah/Seminar, Ruangan Khas Bagi Pelawat Bukan Islam
Laman web / media sosial ● Dan Dewan Jamuan Lelaki Dan Perempuan.
Berhampiran pengangkutan awam
●
Kemudahan OKU 1. Laluan OKU
Program keagamaan & perayaan ● 2. Tandas OKU
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A