Page 172 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 172
Bab 4- 11 K
I
A
B
R
E
T
N
A
L
A
M
A
H
A
D
E
A
K
Sejak masjid ini dibangunkan, semua pedagang India Muslim menggunakannya sebagai tempat
mereka berteduh dan berkumpul, malah semakin hari bertambah bilangan masyarakat India Muslim
yang menetap di sini. Selepas berkembang pesat, ada antara pedagang yang membuka perniagaan
sebagai pengurup wang, menjual emas, membuka restoran dan menjual rempah ratus.
Asalnya masjid ini hanya mampu memuatkan kira-kira 200 jemaah,
namun selepas kerja naik taraf dan pembangunan dilakukan semula
yang dibesarkan mulai tahun 1909 sehingga kini mampu menampung
lebih 2,000 jemaah. Reka bentuk Masjid Kapitan Keling berkonsepkan
seni bina Moghul. Kubah utama mendominasi bahagian tengah masjid
ini dan di sekitarnya dilengkapi dua kubah kecil di penjuru kanan dan
kiri bumbung. Walaupun reka bentuknya mengikut seni bina Moghul,
bumbung masjid ini dibina berdasarkan reka bentuk piramid atau
lebih menjurus kepada reka bentuk bumbung tempatan.
Selain itu terdapat juga beberapa barangan peninggalan yang
dipamerkan di masjid ini seperti perigi, meriam serta makam imam
pertama masjid yang dikekalkan sebagai sejarah yang dapat dilawati
oleh masyarakat akan datang. Antara kemudahan yang terdapat di
masjid ini ialah Ruang solat utama, pejabat masjid, mini perpustakaan,
kaunter informasi, bilik kuliah/seminar, ruangan khas bagi pelawat
bukan islam dan dewan jamuan lelaki dan perempuan.
Senibina Moghol yang jelas pada dinding dan ukiran
Kakitangan Masjid bersedia memberikan penerangan Lokasi strategik memudahkan pelancong melawatnya
- Sumber: Harian Metro, 28 Ogos 2018
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A