Page 176 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 176
Bab 4- 15 K
I
A
B
R
E
T
N
A
L
A
M
A
H
A
D
E
A
K
Paling menarik ciri-ciri masjid ini adalah
ia pembinaannya sangat praktikal.
Bukan hanya cantik tetapi pembinanya
tidak melupakan golongan orang kurang
upaya (OKU) dan warga emas yang
mempunyai masalah sakit kaki. Dengan
hanya dua mata tangga dan ada juga
laluan kerusi roda, masjid ini turut
menyediakan tandas duduk bagi
kegunaan mereka.
Senibina Tradisional Masjid Ar Rahman
Walaupun dari segi luaran masjid ini lebih nampak tradisional dengan
diinspirasikan Masjid Kampung Laut, masjid tertua di Malaysia tetapi
ianya tetap menerapkan ciri teknologi hijau dalam memastikan ia
mesra alam. Tanpa menggunakan penghawa dingin, masjid ini agak
sejuk di bahagian dalam kerana binaan tingkap dari atas ke bawah di
sekeliling bangunan ini secara tidak langsung membuka laluan angin.
Air hujan juga dikumpul untuk kegunaan air pancut di sekeliling
masjid yang turut menyumbang kepada elemen menyejukkan masjid
ini. Air hujan ini juga turut digunakan untuk menyiram pokok di
musim kemarau. Selain itu bumbung parkir juga dipasang panel solar
bagi tujuan penjimatan tenaga elektrik. Tempat letak kenderaan yang
luas juga disediakan untuk kemudahan Jemaah dan pelawat.
Elemen Tradisional Yang Unik Pada Setiap Rekabentuk Masjid Ar Rahman
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A