Page 178 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 178
Bab 4- 17 K
I
A
B
R
E
T
N
A
L
A
M
A
H
A
D
E
Selepas menerima al-Quran atau kitab lama daripada orang ramai, tindakan pertama perlu dilakukan adalah A K
mengasingkannya kepada dua bahagian sebelum diurai menjadi helaian lebih nipis. Apabila setiap bahagian
mencapai berat 400 kilogram, kerja membakar akan dilakukan di relau khas kira-kira 24 jam sebelum
semuanya terbakar serta menjadi abu.
Tujuan menghapus al-Quran adalah untuk menghormati dan
memelihara kesuciannya. Antara faktor al-Quran ini dilupuskan
ialah bila berlakunya kerosakan disebabkan faktor seperti;
● Sudah berusia lama dan kertasnya mula rosak
● Basah akibat banjir
Proses Pembakaran al-Quran Sehingga Menjadi Abu
● Terkena api
● Tidak disimpan ditempat yang baik dan rapi
● Dimakan anai-anai
Menghapuskan al-Quran berdasarkan fatwa iaitu memastikan
bahan buangan dan lebihan yang mengandungi huruf atau ayat-
ayat al-Quran, Hadith, nama-nama Allah dan apa-apa petikan
al-Quran atau al-Hadith yang hendaklah dilupuskan berasingan
dengan bahan-bahan lain, serta bahan tersebut juga dilarang
menggunakannya semula bagi apa-apa tujuan sekalipun.
“Apa-apa bahan buangan yang di atasnya tercetak atau terdapat sesuatu
ayat Al-Quran hendaklah dilupuskan dengan dibakar di satu tempat
bertutup yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam bersesuaian dengan
kemuliaan Al-Quran, kemudian abunya dibuang ke dalam air yang mengalir
seperti sungai atau laut atau ditanam di tempat yang tinggi yang tidak
dilalui atau dipijak oleh manusia dan haiwan”.
Pusat Pelupusan al-Quran Masjid Taman Yayasan
Keputusan Lujna Fatwah Negeri Johor yang bersidang pada 18 Ogos 2002
Rajah 4.1: Proses Pembakaran al-Quran mengikut garis
panduan JAINJ
Penerimaan
Bahan
Langkah Merekod
Melarutkan Pelupusan Bahan
Abu ke Laut al-Quran
Membatakan Pembakaran
Abu Bahan
Proses Pembakaran al-Quran mengikut garis panduan JAINJ
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A