Page 175 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 175

Bab 4- 14











          4.1.7   Masjid Ar Rahman Mukim Pulau Gajah
                 Lokasi : Kota Bharu, Kelantan
          Terletak  kira-kira  tujuh  kilometer  dari
          Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, masjid
          yang dibuka pada 2016 menjadi sebutan dan

          menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar
          negara. Seolah-olah berada di tengah-tengah
          pulau, masjid ini sebenarnya dibina di atas
          tanah paya bakau. Malah ukiran ayat al Quran
          daripada kayu yang memenuhi bahagian atas
          masjid menggunakan kepakaran pengukir dari
          Japara, Indonesia.
                                                                            Masjid Ar Rahman Mukim Pulau Gajah
           Masjid ini berkeluasan 0.8 hektar mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Rekabentuk
           Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah dibina dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu. Binaan Masjid Ar-
           Rahman ini turut mempertontonkan gabungan hiasan dari Yaman, Maghribi, Indonesia dan Turki. Hiasan dalaman
           dalam masjid ini yang diperoleh dari negara luar misalnya dua batang pokok tamar diimport dari Timur Tengah
           menyerikan lagi kawasan mimbar. Bukan itu sahaja namum lima batang kayu bersaiz sebesar pemeluk yang
           didirikan di ruang solat dalam masjid mewakili Rukun Islam, lima perkara.


           Setiap arca atau hiasan dalaman masjid ini mempunyai maksud yang tersirat. Ini termasuk batu yang diukir dengan
           ayat suci al Quran, menjadi hiasan di tepi masjid juga adalah diilhamkan dari Batu Bersurat Terengganu. Masjid ini
           menghasilkan lebih 90 peratus ukiran tangan pada masjid, separuh daripadanya ukiran ayat suci al-Quran.

          Jadual 4.7: Kriteria Amalan Terbaik Masjid Masjid Ar Rahman Mukim Pulau Gajah, Kota Bharu, Kelantan
           Kriteria                         Keistimewaan  Penerangan
           Komponen Yang Lengkap      ●
                                           Ciri-ciri     Masjid Pelancongan
           Aksesibiliti Yang Baik     ●
           Tempat Letak Kenderaan Yang     Rekabentuk    • Rekabentuk masjid berunsurkan Kesenian Melayu
           Mencukupi                  ●                  • Hiasan dalam gabungan dari Timur Tengah
                                                         • Setiap arca atau hiasan dalaman masjid mempunyai
           Penyelenggaraan Bangunan                       maksud yang tersirat seperti lima batang kayu besar di
           Yang Baik                  ●                   ruang solat mewakili lima rukun islam, batu bersurat,
           Ciri-ciri Keselamatan      ●                   geduk dan lain-lain
           Ciri-ciri Bangunan Hijau   ●    Landskap      • Badan air disekeliling Masjid yang membentuk masjid
                                                          seolah ditengah pulau
           Kemudahan OKU & Warga Emas  ●
           Penyediaan Landskap        ●    Kemudahan     • Tempat Letak Kenderaan OKU
                                           Warga Emas/   • Laluan OKU
           Perimeter Planting         ●    OKU           • Tandas OKU
           Laman Web / Media Sosial   ●
                                           Ciri-Ciri     • Penggunaan sistem penuaian air hujan
           Berhampiran Pengangkutan        Bangunan Hijau   • Lampu solar
           Awam                       ●                  • Tidak menggunakan penghawa dingin kerana rekabentuk
           Program Keagamaan & Perayaan  ●                masjid yang membuka laluan aingin.
                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180