Page 177 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 177

Bab 4- 16










           4.1.8   Masjid Taman Yayasan

                 Lokasi : Segamat, Johor

          Masjid Taman Yayasan terletak di perumahan Taman Yayasan yang boleh menempatkan sehingga 1500
          jemaah. Masjid ini mempunyai komponen masjid yang lengkap seperti ruang solat utama, dewan, bilik
          kuliah dan pejabat pentadbiran. Masjid ini adalah adalah satu-satunya pusat melupuskan al-Quran serta
          kitab agama lama di daerah Segamat dan mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
          Pusat pelupusan al-Quran ini beroperasi sejak 2018 dan sehingga Ogos 2020, sebanyak 178 kilogram abu al-
          Quran dilepaskan sekitar Pualu Tinggi, Mersing dan Pulau Merabong, Selat Tebrau.

          Segala proses melupuskan bermula daripada
          pengasingan, menimbang, membakar, membuku
          dan membuang abu ke laut dilakukan mengikut
          adab ditetapkan. Prosedurnya dilakukan dengan
          teliti mengikut ketetapan JAINJ, termasuk ketika
          melakukan pembuangan abu al-Quran di tengah
          laut dengan jarak perjalanan kira-kira satu jam
          dari tepi pantai supaya ia terus mulia walaupun
          sudah  menjadi  abu.  Antara  pihak  yang
          menghantar al-Quran dan kitab lama adalah
          penduduk setempat, sekolah agama, masjid serta
          pejabat kerajaan di sekitar Segamat serta lokasi
          berdekatan.                                                               Masjid Taman Yayasan


          Jadual 4.8: Kriteria Amalan Terbaik Masjid Taman Yayasan, Segamat, Johor
           Kriteria                         Keistimewaan  Penerangan
           Komponen Yang Lengkap      ●    Kemudahan    Dewan Terbuka Serba Guna, Pejabat Pentadbiran, Bilik
           Aksesibiliti Yang Baik     ●                 Seminar/ Kuliah, Ruang Solat Utama, Mini Perpustakaan,
           Tempat Letak Kenderaan Yang                  Dewan Jamuan Lelaki Dan Perempuan, Ruang Solat Bagi
           Mencukupi                  ●                 Jemaah Musafir
           Penyelenggaraan Bangunan        Kemudahan OKU  • Tempat Letak Kenderaan OKU
           Yang Baik                  ●
                                                        • Laluan OKU
           Ciri-ciri Keselamatan      ●
                                           Landskap     Taman disekeliling Masjid
           Ciri-ciri Bangunan Hijau
           Kemudahan OKU & Warga Emas  ●   Perkhidmatan  • Pusat Pelupusan Al Quran
                                                          Proses: Pengasingan, Menimbang, Membakar, Membuku
           Penyediaan Landskap        ●
                                                          dan Membuang abu ke laut
           Perimeter Planting         ●                  • Gerobok Rezeki
           Laman Web / Media Sosial   ●    Program       • Siaran Langsung Khutbah Jumaah di Media Sosial
           Berhampiran Pengangkutan        Keagamaan     • Majlis tadarus dan khatam al-Quran
           Awam                       ●                  • Program kuliah pada setiap hari, ceramah dan kelas al-
           Program Keagamaan & Perayaan  ●                Quran


                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182