Page 161 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 161

Bab 3 - 46







           Analisis keperluan semasa tanah perkuburan Islam juga merupakan salah satu keperluan kajian supaya
           kawasan yang telah dirizab sebagai tanah perkuburan dapat menampung jumlah penduduk Islam di
           sesuatu petempatan.

               Jadual 3.27:  Piawaian Umum Bagi Piawaian Penyediaan Kemudahan Tempat Perkuburan Islam
                             KEMUDAHAN                               PIAWAIAN
                                                            1 hektar : 600 kubur penduduk Islam
                         Tanah Perkuburan Islam
                                                         1 hektar : 10,000 penduduk (tempoh 10 tahun)
               Sumber: Manual Piawaian dan Garis Panduan Perancangan Negeri Johor, JPBD Negeri Johor, 2014


           Jadual 3.28:  Unjuran Keperluan Kemudahan Tempat Perkuburan Islam, Rancangan Tempatan Daerah Mersing 2030 (Penggantian)
                                                               LUAS (HEKTAR)
           PETEMPATAN/  PENDUDUK  BILANGAN          KELUASAN BELUM DIGUNAKAN
             KAWASAN    ISLAM 2019  TAPAK  KELUASAN                       KEPERLUAN   LEBIHAN/
                                             2019     KELUASAN      %      SEBENAR  (KEKURANGAN)
           Bandar Mersing  23,814    8       29.54       19.83    48.76       2.38     17.45
           Pekan Endau     4,987     8        9.60        6.88    16.92       0.40      6.48
           Pekan Jemaluang  144      -        -           -         -         -          -
           Tenglu          6,258     4        6.37        4.04     9.93       0.62      3.42
           Sri Pantai      4,928     -        -           -           -       -          -
           Nitar           4,463     2        6.00        0.96     2.36       0.44      0.52
           Penyabong       1,180     4        5.64        2.31     5.68       0.11      2.20
           Triang          9,454     1        1.20        0.21     0.52       0.94     (0.73)
           Tenggaroh      17,783     6       10.13        5.96    14.65       1.77      4.19
           Hutan / Orang   1,999     -        -           -           -       -          -
           Asli
           Pulau            717      4        3.26        0.48     1.18       0.07      0.41
             JUMLAH       75,727     37      63.33       40.67   100.00      6.73      33.94

          Sumber: Pejabat Agama Islam Daerah Mersing, 2019


          Secara amnya, keperluan semasa bagi tanah perkuburan Islam adalah 6.73 hektar dengan lebihan
          penyediaan berjumlah 33.94 hektar dan jumlah tersebut dalam keadaan yang sangat mencukupi.


          Namun, terdapat kekurangan penyediaan tanah perkuburan di kawasan petempatan Triang sebanyak 0.73
          hektar (1.80 ekar). Walau bagaimanapun, kawasan petempatan berhampiran yang mempunyai penyediaan
          tanah perkuburan yang tinggi seperti Pekan Endau dan Penyabong dapat menampung kekurangan tersebut.

















                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166