Page 56 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 56

Bab 2- 17       S
                                                                                                            E
                                                                                                            K

                                                                                                            N
                                                                                                            A
                                                                                                            I
          2.4    Aspek Islam dalam Perancangan Tempat Ibadat Islam                                          J  A
                                                                                                            K

                                                                                                            N
           Masjid bukan hanya tempat untuk menunaikan solat semata-mata, namun ianya harus mencakupi seluruh aspek  A
                                                                                                            U
           ibadah yang lain. Ia merangkumi segala aktiviti umat Islam yang boleh membentuk nilai ketakwaan. Fungsi utama  M  E
                                                                                                            N
           masjid ialah sebagai sebuah institusi umat Islam yang berusaha membentuk dan memupuk nilai taqwa di dalam  E
                                                                                                            P
           diri umat Islam


           2.4.1    Definisi Tempat Ibadat Islam

           Tempat agama Islam merupakan tempat yang suci bagi orang Islam untuk mengerjakan ibadat solat dan juga
           menjadi pusat kegiatan masyarakat Islam. Tempat ibadat islam iaitu masjid dan surau ditakrifkan seperti berikut;

                      Masjid merupakan bangunan bagi              Surau merupakan bangunan bagi orang
            Masjid    orang Islam beribadat dan pusat   Surau     Islam  beribadat  dan  pusat  aktiviti
                      aktiviti masyarakat setempat.               kemasyarakatan setempat pada skala
                                                                  yang lebih kecil berbanding masjid.
                      Masjid berasal dari perkataan Arab          Surau tidak digunakan untuk mendirikan
                      iaitu ‘Sajd’ yang merujuk kepada            sembahyang  Jumaat,  kecuali  bagi
                      bersujud  atau merendahkan diri             keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh
                      semasa   bersembahyang.  Masjid             pihak berkuasa agama Islam negeri.
                      merupakan   bangunan  di  mana
                      sembahyang Jumaat diadakan dengan
                      bilangan jemaah yang ramai dan boleh
                      menampung pelbagai aktiviti.



           2.4.2   Fungsi Tempat Ibadat Islam Menurut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam


          Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1991,
          (Kaedah-Kaedah Masjid 1998) Seksyen 116 Kaedah 4 menjelaskan
          fungsi Masjid antaranya seperti berikut.
           ●  Tempat orang-orang Islam beribadah terutamanya mendirikan
              sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang lain
           ●  Tempat mengadakan pendidikan Agama Islam dan pendidikan-
              pendidikan yang memberi faedah kepada ahli kariah yang
              beragama Islam
           ●  Tempat mengadakan sesuatu majlis perayaan yang berkaitan
              dengan Agama Islam
           ●  Tempat mengadakan syarahan atau ceramah agama oleh
              pensyarah atau penceramah yang dibenarkan oleh Majlis,
              Jabatan atau Pegawai Agama Islam daerah, mengikut mana
              yang berkenaan
                                                                    Masjid Negara Kuala Lumpur
           ●  Pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan dan arahan
              daripada Majlis, Jabatan atau Pejabat Agama Islam Daerah




                                                               KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                                                               I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61