Page 58 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 58
Bab 2- 19 S
E
K
N
A
I
J
A
K
2.4.4 Hierarki Tempat Ibadat Islam N
A
Tempat ibadat Islam disediakan berpandukan kepada i peringkat petempatan. Semakin tinggi hierarki U
M
petempatan, maka tempat ibadat Islam yang disediakan semakin besar dengan peranannya yang lebih luas. E N
E
P
Jadual 2.2: Hierarki Tempat Ibadat Islam
Jenis Tempat Ibadat Peringkat
Masjid Negara Peringkat Negara
Masjid Negeri /Nasional Peringkat Negeri
Masjid Daerah/ Kerajaan/
Jajahan/ Peringkat Daerah/Jajahan
Bandar/ Institusi / Yayasan
Masjid Mukim / Mukim Besar Peringkat Mukim/ Bandar/ Kampung/
& Kecil/ Kariah & Zon / Iktikaf Kawasan Perumahan
Disediakan bagi menyokong penyediaan
Surau / Surau Jumaat Masjid di semua peringkat
petempatan/pusat kejiranan /kampung /
kawasan perumahan
Masjid Ar-Rahman Kg. Pulau Gajah,Kelantan
Sumber: Kajian Kemudahan Keagamaan Islam dan Lain-lain Agama
2.4.5 Kategori Tempat Ibadat
Tempat ibadat Islam terbahagi kepada beberapa kategori dan setiapnya mempunyai peranan yang tersendiri.
Kategori Masjid dan Surau adalah berbeza di setiap negeri kerana pemilikan tanah rumah ibadat adalah milik
Negeri. Oleh itu Negeri tersebut berhak untuk mewujudkan kategori Masjid tertentu seperti Masjid Iktikaf yang
hanya terdapat di negeri Kelantan.
Antara kategori Masjid yang dikenalpasti termasuklah Masjid Negara, Masjid Negeri /Wilayah, Masjid Kariah ,
Masjid Institusi, Masjid Yayasan, Masjid Jajahan/ Daerah, Masjid Mukim Besar, Masjid Mukim Kecil, Masjid
Iktikaf. Bagi surau pula terdiri daripada kategori surau dan surau Jumaat.
Jadual 2.3: Kategori Tempat Ibadat Islam Mengikut Negeri
Pulau WP Kuala
Jenis Kemudahan Ibadat Johor Pinang Kelantan Lumpur
Masjid Negara ●
Masjid Negeri / Nasional ● ● ● ●
Masjid Daerah / ( Jajahan/Bandar) (1) ● ● ●
Masjid Kerajaan ●
Masjid Masjid Institusi ● ● ● ●
Masjid Yayasan ● ●
Masjid Mukim Besar & Kecil ●
Masjid Kariah / Zon (2) ● ● ●
Masjid Iktikaf ●
Surau Jumaat ● ● ●
Surau
Surau ● ● ● ●
Nota: (1) Kategori Jajahan/ Bandar hanya di negeri Kelantan
(2) Kategori Zon hanya di W P Kuala Lumpur
Sumber: Kajian Kemudahan Keagamaan Islam dan Lain-lain Agama
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A