Page 59 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 59

Bab 2 - 20






          Kategori Masjid dan Surau yang dikenalpasti di negeri Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah
          Persekutuan Kuala Lumpur adalah seperti berikut;


          Jadual  2.4:  Kategori Tempat Ibadat Islam Mengikut Negeri
            Kategori Masjid  Huraian
          Masjid Negara    Masjid yang mewakili Malaysia yang melambangkan kemerdekaan dan perpaduan rakyat
                           dari semua kaum.
                           Contoh: Masjid Negara Malaysia, Kuala Lumpur
          Masjid Negeri /   Masjid yang mewakili negeri atau wilayah tersebut dan terletak di bandar utama. Masjid
          Nasional         ini ialah masjid pelancongan yang mempunyai keistimewaan dari segi lokasi, sejarah,
                           warisan dan senibina masjid tersebut.
                           Contoh:  Masjid Negeri Pulau Pinang, Masjid Wilayah Kuala Lumpur, Masjid Sultan Abu Bakar Johor,
                           Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.
          Masjid Daerah /   Masjid utama yang mewakili daerah  / jajahan/ bandar tersebut. Kategori Masjid bandar
          Jajahan / Bandar   hanya terdapat di negeri Kelantan.
                           Contoh: Masjid Bandar Kluang, Johor. Masjid Bandar Mahmudi Bachok, Kelantan. Masjid
                           Daerah Barat Daya,  Balik Pulau, Pulau Pinang
          Masjid Kerajaan   Masjid ini hanya terdapat di negeri Johor. Masjid ini di bawah naungan Sultan Johor yang
                           diuruskan oleh Pejabat Kadi Daerah.
                           Contoh: Masjid Bandar Labis, Segamat. Masjid Al Husna Bandar Tenggara, Kota Tinggi,
                           Johor.
           Masjid Institusi   Masjid ini didirikan oleh Institusi Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM),
                           Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan lain-lain.
                           Peruntukan dan pengurusan Masjid adalah melalui institusi tersebut tersebut kecuali
                           bahagian pelantikan imam oleh Majlis Agama Islam Negeri /Wilayah.
                           Contoh: Masjid Syakirin UiTM Cawangan Segamat, Johor.


          Masjid Yayasan   Masjid ini didirikan oleh sesebuah Yayasan yang mana peruntukan dan pengurusan Masjid
                           adalah melalui Yayasan tersebut kecuali, pelantikan imam yang dilantik oleh Majlis Agama
                           Islam Negeri/Wilayah.
                           Contoh: Masjid An-Nur Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru (Yayasan                   An-Nur) ,
                           Masjid Al Bukhari Kuala Lumpur (Yayasan Al Bukhari)
          Masjid Mukim Besar   Masjid ini hanya terdapat di negeri Kelantan. Masjid ini merupakan masjid utama yang
          & Kecil          mewakili mukim tersebut.
                           Contoh: Masjid Mukim Lundang, Kubang Kerian, Kelantan.
          Masjid Kariah / Zon   Masjid ini terletak di dalam kawasan sempadan kariah/ zon yang ditentukan oleh Jabatan
                           Agama Islam Negeri / Wilayah.
                           Contoh : Masjid Kg. Dato’ Ibrahim Majid Simpang Renggam, Kluang Johor.               Masjid Al
                           Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan (Zon 5).

          Masjid Iktikaf   Masjid ini hanya terdapat di negeri Kelantan. Masjid ini asalnya ialah surau namun
                           diniatkan wakaf oleh pemilik sebagai Masjid. Masjid ini tidak dibenarkan untuk solat
                           Jumaat kerana bukan berada di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
                           Penyeliaan Masjid ini adalah daripada ahli jawatankuasa Masjid sendiri.
                           Contoh: Masjid Iktikaf Noor Muhammad Tumpat, Kelantan

          Surau Jumaat     Surau Jumaat adalah surau yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam untuk didirikan solat
                           Jumaat disebabkan faktor populasi di sesebuah kawasan.
                           Contoh: Surau (Jumaat) Darul Huda Seksyen 10, Wangsa Maju , Kuala Lumpur
          Surau            Merupakan surau yang disediakan di setiap peringkat petempatan bagi menyokong
                           penyediaan Masjid.
          Sumber: Kajian Kemudahan Keagamaan Islam dan Lain-lain Agama


                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64