Page 59 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 59
Bab 2 - 20
2. Hierarki Tempat Ibadat Agama Buddha
Tiada hierarki tertentu untuk tempat ibadat agama
Buddha. Walaubagaimanapun hierarki ini boleh
dikategorikan mengikut kegunaan atau aktiviti
serta peranan tokong-tokong tersebut. Secara
amnya empat hierarki tempat ibadat bagi agama
Buddha boleh dibahagikan seperti berikut.
Wat Buddhajayanti, Selangor
Jadual 2.3: Hierarki Tempat Ibadat Agama Buddha
Hierarki Penerangan
Kebangsaan, Kebangsaan adalah tempat ibadat bagi persatuan induk atau persekutuan, pertubuhan-pertubuhan
Negeri Atau agama buddha untuk keseluruhan Malaysia, iaitu Malaysian Buddhist Association (MBA) yang
Wilayah bertapak di Pulau Pinang. Pertubuhan-pertubuhan agama Buddha dari pelbagai tradisi tempatan
dan juga dari luar negeri yang menjadi ahli kepada MBA. MBA juga mempunyai institusi pendidikan
yang menjadi pusat pengajian tinggi agama buddha di Malaysia iaitu Malaysian Buddhist Institute
(MBI). Satu lagi pertubuhan induk untuk Agama Buddha ialah Persatuan Dhammaduta Malaysia
(BMSM) yang berpusat di Buddhist Maha Vihara, KL.
Negeri adalah tempat ibadat yang menjadi pejabat atau pusat peringkat negeri untuk persekutuan
dan kebangsaan. Contohnya, MBA cawangan Pulau Pinang, MBA cawangan Johor, MBA cawangan
Selangor dan Kuala Lumpur, BMSM cawangan Pulau Pinang, dan BMSM cawangan Kelantan
Wilayah adalah tempat ibadat yang bersaiz besar atau biasanya dikunjungi oleh orang awam dari
dalam dan luar negeri. Kebiasaanya, ia menganjurkan aktiviti agama secara besar-besaran seperti
Kek Lok Si di Pulau Pinang, Wat-wat di Tumpat, Kelantan, dan Fo Guang Shan di Jenjarom, Selangor.
Bandaran atau Hierarki ini adalah tempat ibadat yang menjadi pusat kepada daerah atau bandar tertentu.
Daerah Kebiasaanya, tempat ibadat sedemikian adalah besar dan telah lama wujud di daerah atau bandar
tertentu seperti MBA Cawangan Kecil Daerah Tangkak dan Ching Yiap See yang menjadi pejabat
MBA Cawangan Kecil Daerah Muar.
Masyarakat Hierarki ini adalah tempat ibadat yang kecil dan banyak iaitu kurang daripada 0.25 hektar atau
terletak di dalam bangunan kedai. Tempat ibadat sedemikian kebiasaanya tidak mempunyai semua
jenis ruang dan kelengkapan seperti 3 hierarki yang lebih tinggi disebabkan oleh had ruang yang
sediada. Contohnya, tidak mempunyai dewan Sima atau Ubosot. Dewan Sima adalah komponen yang
terdapat di dalam tokong Buddha manakala Ubosot adalah komponen yang hanya terdapat di Wat
sahaja. Kebanyakan tempat ibadat seperti ini adalah untuk kegunaan masyarakat setempat dan
tidak semestinya dibuka pada setiap hari. Hal ini kerana, terdapat juga yang hanya dibuka ketika
kelas atau aktiviti diadakan sahaja.
Tempatan Tempat ibadat bagi hierarki ini mempunyai bilangan yang banyak di kawasan pembangunan atau
petempatan orang ramai. Di samping itu, tanah bagi tempat ibadat ini ada yang diperolehi melalui
pembelian secara persendirian oleh pihak rumah ibadat dan terdapat juga yang telah dirizabkan
sebagai tanah rizab kemudahan keagamaan.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A