Page 62 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN LAIN-LAIN AGAMA
P. 62
Bab 2- 23 S
E
K
N
A
I
J
A
K
2. Hierarki Tempat Ibadat Agama Tao N
A
U
Agama Tao yang tidak mempunyai hierarki tertentu. Walau bagaimanapun hierarki ini boleh dikategorikan M
E
mengikut kegunaan atau aktiviti serta peranan tokong-tokong tersebut. N E
P
Jadual 2.5: Hierarki Tempat Ibadat Agama Tao
Hierarki Penerangan
Kebangsaan Kebangsaan adalah tempat ibadat yang menjadi persatuan induk atau persekutuan, pertubuhan-
atau Negeri pertubuhan agama Tao mahupun Tokong Cina untuk keseluruhan Malaysia, iaitu Federation of
Taoist Associations Malaysia (FTAM) yang bertapak di Kuala Lumpur dan akan berpindah ke Dao
Guan baru di Putrajaya. Pertubuhan-pertubuhan agama Tao dan tokong-tokong Cina menjadi ahli
kepada FTAM. Negeri adalah tempat ibadat yang menjadi pejabat dan pusat peringkat Negeri bagi
persekutuan kebangsaan. Contohnya, FTAM Cawangan Johor.
Bandaran Hierarki jenis ini merupakan tempat ibadat yang menjadi pusat kepada daerah atau bandar
atau Daerah tertentu. Kebiasaanya, tempat ibadat seperti ini adalah besar dan telah lama wujud di daerah atau
bandar tertentu. Contohnya, Zhen An Gong di Pasir Puteh, Kelantan yang mempunyai tapak yang
agak besar iaitu 3 ekar (1.2 hektar) dan Beng Hock Sean Siah, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara
(1.6 hektar). Fungsi bagi tokong daerah ini adalah dengan mengendalikan aktiviti yang besar untuk
penganut agama Tao dari keseluruhan daerah dan sekitarnya.
Tempatan Hierarki ini adalah tempat ibadat dalam bilangan yang besar di kawasan pembangunan atau
petempatan. Tanah tempat ibadat ini ada yang dibeli sendiri oleh pihak tempat ibadat dan adanya
adalah tanah rizab agama. Contohnya, Ang Sian Kong di Bukit Indah, Nusajaya, Johor dengan tapak
seluas 0.5 hektar. Hierarki dua dan tiga, kebiasaanya disediakan ruang yang besar untuk tempat
letak kenderaan dan aktiviti luar bangunan..
Masyarakat Hierarki jenis ini adalah tempat ibadat yang kecil dan banyak serta keluasannya kurang daripada
0.25 hektar atau terletak di dalam bangunan kedai. Tempat ibadat sedemikian biasanya tidak
mempunyai semua jenis ruang dan kelengkapan disebabkan oleh ruang yang sediada adalah
terhad. Kebiasaanya, terdapat dewan sembahyang, dapur kecil dan bilik rehat bagi hierarki jenis
ini. Kebanyakan tempat ibadat “Masyarakat” adalah untuk kegunaan masyarakat setempat bagi
aktiviti sembahyang, “tanya Dewa” dan aktiviti sosial. Tambahan pula, Ruang tempat letak
kenderaan adalah terhad.
3. Kategori Tempat Ibadat Agama Tao
Tempat ibadat agama Tao dapat dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kepada peranan tokong serta
dari segi jenis bangunan dan tanah.
Jadual 2.6: Kategori Tempat Ibadat Agama Tao
Kategori Penerangan
Tokong Tokong yang biasanya mempunyai rekabentuk tradisi China. Kebanyakan tempat ibadat
Tao/Cina adalah dalam kategori ini.
Pertubuhan Pertubuhan/persatuan agama yang tidak semestinya mempunyai rekabentuk tradisi tokong.
Biasanya adalah rekabentuk moden atau campuran. Adanya mempunyai lot tanah sendiri atau
dalam bangunan kedai.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A